Hari tu aku ada baca majalah tentang wanita, sihir dan saka..sebenarnya ada 2 cara jin dan syaitan menganggu kehidupan manusia..lebih-lebih lagi wanita..
Yang pertama : secara langsung contohnya gangguan makhluk halus..seperti kena sampuk, rasukan, didatangi was-was atau demam panas dengan tiba-tiba hingga meracau-racau dan seumpamanya..gangguan ni biasanya dilakukan oleh jin-jin liar..jin-jin liar ni akan mengganggu manusia kerana marah apabila dirinya disakiti atau harta dan kawasannya diceroboh manusia..ada juga jin jahat yang telah jatuh cinta dengan seseorang lalu mendampinginya…
Cara yang kedua : gangguan secara tidak langsung..gangguan ini adalah perantaraan manusia yang mengamalkan sihir dan menyimpan saka..biasanya penyakit ini dipanggil terkena buatan orang…dalam zaman sekarang ni penyakit ni semakin menjadi-jadi kerana adanya sifat sombong dan hasad dengki..mereka mudah rasa tercabar, tergugat, atau tergoda dengan kecantikan, kesenangan, kekayaan dan kegembiraan orang lain yang dianggap saingan dan musuh..daripada kejahatan mereka inilah kita diajar berlindung kepada Allah SWT: "Katakanlah : Aku berlindung kepada Allah yang menguasai Subuh, daripada kejahatan makhlukNya dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita, dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul dan daripada kejahatan orang-orang yang dengki apabila ia dengki" ( al-falaq : 1-5 )
Antara sebab-sebab rasukan / gangguan jin kepada manusia
1) jauh daripada mentaati perintah Allah
2) di rumah terdapat alat-alat muzik dan lagu-lagu yang melalaikan
3) berlama-lama dalam bilik air dan tandas
4) menangis dan merintih sebelum tidur
5) mencurah air panas ke dalam lubang singki atau lubang bilik air
6) melompat dari tempat tinggi tanpa membaca Bismillah
7) terlalu takut
8) selalu bertengkar dengan suami
9) cepat panas baran
10) perempuan yang suka bersolek
11) buang air kecil di kawasan mereka
Alah dengan ayat Kursi
Ayat yang paling berat dan sukar bagi jin dan syaitan ialah ayat Kursi iaitu ayat 255 surah al-baqarah. Jin dan syaitan alah dengan ayat ini. Dalam satu hadis riwayat Imam Bukhari ada dinyatakan bahawa apabila seseorang membaca Ayat Kursi sewaktu hendak tidur, atas utusan Allah ( malaikat ) yang akan menjaganya dan syaitan tidak dapat mendekatinya hingga ke pagi.