I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, February 8, 2009

"admire" tak salah...tapi...

Sejak hari itu, hubungan mereka rapat…setiap habis kelas pasti akan jumpa..bawak pergi makan dan hantar balik ke asrama..ada jugak pensayarah tu cerita kat sahabat aku yang dia baru putus cinta sebabnya "awek" nya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya…lawak betul la..aku dah beritahu sahabat aku tu jangan percaya sangat…sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua…macam tu jugak lah pensyarah tu, akhirnya sahabat aku tu dapat tahu juga pensyarah tu sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak…"kenapa pensyarah tu jadi camtu? Kan sudah ada isteri, kenapa kena cari perempuan lain? Tak kisahlah kalau dia nak pasang dua,tiga, empat pun tapi janganlah menipu.." aku tanya sahabat aku tu…"dia sunyi kot, dua-dua sibuk bekerja"…sahabat aku jawab…ermm bagi aku kalau sudah fe'elnya macam tu sampai bila-bila pun dia tetap camtu…susah nak berubah…entah berapa orang yang terpedaya dengan lakonannya tu…sian kat isterinya kalau dapat tahu…itu tentang fe'el pensyarah…satu lagi ni tentang pelajar yang meminati pensyarah pulak..entah aku pun tak tahu kenapa kawan-kawan aku ni ramai yang meminati pensyarah….yang peliknya mereka semua ni meminati pensyarah yang di gelar ustaz..mungkin ada pada diri seorang pensyarah tu, agamanya yang tinggi, akhlaknya yang baik, pengetahuan yang luas dan boleh jadi inspirasi dalam hidup mereka…ye la sekarang ni susah nak cari lelaki yang 'berkualiti'..banyaknya pun ada kat pusat serenti…tapi berita yang "tak best" bagi mereka ialah ustaz-ustaz tu semua sudah bergelar suami dan ayah maka "pasrahlah" sahabat-sahabatku semua!hehe..minat tak mengapa..fitrah setiap manusia..tapi berpada2lah..jg batas dan akhlak...!nasihat aku jadikan mereka contoh tauladan terbaik dan semangat dalam hidup sahabat-sahabat..moga sahabat-sahabatku akan jumpa seorang insan seperti ustaz-ustaz yang sahabat-sahabat minat tu…amiin…

6 comments:

  1. setiap manusia pasti mahukan yg terbaik buat diri diorg..so ble dh dpt seorg yg baik,rs cam dh tertampung sgl kekurangan..tp kte msti ingt,Allah dah janjikan seorg lelaki yg baik utk perempuan yg baik,dan begitulah sebaliknya..

    ReplyDelete
  2. salam ya sohibati,
    pd pndgn ana, tidak slh sekiranya kta bbaik dgn psyarah2 @ ustaz2@ guru2 krn kta dpt m'eratkn lg hbgn silaturrahim dan wjib ke atas kta mhormati org yg mberi ilmu kpd kta. tetapi, sekiranya kta ingin mbina sebuah hbgn @ sebuah msjid, kta perlulh mengetahui latar belakg dan hati budi seseorang itu. krn hal ini melibatkn hati dan perasaan. sekiranya t'jd kpd suami kta, brulh kta merasai erti pedih krn hati tluka bila dikhianati cinta yg sejati. ..

    ReplyDelete
  3. salam. rasa terpanggil untuk turut memberi pandangan dengan n3 ini. alhamdulillah saya setuju dengan pandangan saudari sauda' jamilah.

    sebelum kita melakukan sesuatu perkara, kita hendaklah memeikirkan natijahnya juga. kesan disebaliknye..

    sentiasalah berdoa moga mendapat suami yang soleh yang boleh membimbing isterinya dunia n akhirat. InsyaAllah.

    =)

    ReplyDelete
  4. hahaha...tol2..so far,skang ni pensyarah-student,student-lect da jd trend..

    ReplyDelete
  5. tp x smua ustz 2 baik...baik pd title je, akhlak masyaAllah...yg ptg igt janji Allah, wanita yg baik utk lelaki yg baik dan bgitulah jg seblknya..klu nk psgan yang berakhlak baik kita mstilah begitu juga...

    ReplyDelete
  6. our lecturer could be better inspire to us order to success

    ReplyDelete