I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 3, 2009

lindungi kami dari azabMu ya Tuhan...

Aku nak sambung lagi cerita aku dalam program SPMM tu…dalam program tu pihak penganjur ada mengundang seorang penceramah mua'llaf keturunan cina dan masuk ke agama islam pada umurnya 27 tahun..aku sangat kagum dengan beliau kerana semangat dakwahnya…mungkin uamat islam sendiri tak sekuat yang ada pada diri beliau..ibu dan abang beliau telah meninggal dunia dan apa yang beliau sangat kesalkan ibu dan abang beliau tak sempat memasuki islam…apa yang lebih menyedihkan beliau ialah keluarga beliau duduk di kawasan yang kebanyakannya beragama islam selama 30 tahun di situ..keluarga beliau dan sesame jiran sangat rapat tapi amat malang sekali jiran-jiran sekeliling mereka yang beragama islam tu tak pernah walau 1 ayat memperkatakan tentang agama islam apatah lagi meyakinkan mereka tentang keesaan Allah…tak pernah walau sekali selama 30 tahun!!!ya Allah macamna la bila di padang mahsyar nanti apabila ibu dan abang beliau mengadu kepada Allah bahwasanya mereka tidak pernah mendengar tentang islam, tauhid dan Rasul sepanjang hidup mereka..takda pun jiran-jiran mereka memberitahu dan mengatakan tentang itu semua kepada mereka…dan mereka menyeru kepada Allah supaya heret jiran-jiran mereka semua itu bersama-sama mereka ke dalam api neraka yang dahsyat itu! Maka siapa yang perlu di persalahkan? Ya Allah lindungilah kami dari azab api neraka….

1 comment:

  1. salam nori...
    sesamalah kita berdakwah ke jalan Allah. ingatlah NAbi sendiri bersusah payah berdakwah sehingga Islam tersebar ke pelusuk dunia.
    bukankah dakwah itu wajib. sekiranya tak boleh dengan lisan @ tangan memadailah seterusnya dengan hati... amin ya Robbalalamin.

    ReplyDelete