I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 3, 2009

dakwah satu kewajipan

bersama berdakwah dalam islam...
Salam…
Pada 29 Januari-1 Februari 2009 lepas, aku telah mengikuti sebuah program anjuran pihak Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia ( SPMM ) yang telah diadakan di USIM tempat aku menimba ilmu…banyak ilmu dan pengalaman aku dapat sepanjang program ini dijalankan. Adakah kalian tahu, apa yang dimaksudkan oleh "dakwah"? Mungkin perkataan dakwah kita boleh menafsirkan sebagai menyebarkan Islam kepada orang yang bukan Islam dan islah kepada umat islam untuk mendidik dan membaiki diri lebih dekat kepada Allah..sebagai umat islam, selain menjadi contoh kepada agama lain, kita harus ingatkan diri kita sentiasa cintakan syurga dan takut menjadi ahli neraka…kalau kita selalu ingat perkara tu, pasti kita terselamat dunia dan akhirat…Aku sangat-sangat sedar bahawa dakwah adalah 1 perkara yang harus setiap umat islam bertanggungjawab ke atasnya. Aku merasa sedih bila umat islam sekarang mengambil mudah tentang dakwah. Ramai yang beranggapan "terpesong" mendakwa menjalankan dakwah hanya dituntut oleh golongan seperti USTAZ, USTAZAH, MUFTI, JAKIM dan badan-badan Islam yang lain, padahal semua umat islam wajib menyebarkan mesej Allah walaupun 1 ayat..serulah mereka kepada kebaikan dan laranglah dari berbuat kejahatan….renung-renungkan dan selamat beramal!

2 comments:

  1. salam...samalah kita berdoa smoga mereka menerima hidayah dari Allah Taala...

    ReplyDelete
  2. blog Nori ke ni..? Puas ct pk sape la empunye blog ni.. good luck.. =)

    ReplyDelete